Monday, 8 October 2012

Yakin Pada Ganjaran Allah

Assalamuaikum.
Syukur ke Hadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk masih hidup.
Post kali ini aku nak berkongsi apa yang dengar masa ceramah oleh seorang penceramah kat masjid Sri Petaling. Alhamdulillah, dapat jugak aku menjejak kaki aku kesana. pertama kali aku kesana, seriously aku cakap, aku kagum dengan orang2 kat sana. Semua berkejar2 merebut pahala Allah. MasyaAllah. sungguh kerdil aku jika dibandingkan dengan mereka2 distana.

Beralih kepada main point aku kali ini, apa yang penceramah terangkan pasal YAKIN. Yakin disini sangat general, setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah ada keyakinan pada diri. sebagai contoh, Kenapa sesetengah orang boleh memanjat pokok kelapa yang agak tinggi berbanding pokok2 lain. Jawapannya,  sebab dia Yakin bahawa dia boleh memanjat pokok kelapa itu. Keyakinan pada sesuatu sebenarnya sukar untuk diperolehi tanpa Ganjaran. Sebagai contoh, Jika seorang Bapa berjanji kepada anaknya untuk memberi hadiah jikalau anaknya berjaya mendapat 4flat semasa peperiksaan, Maka anaknya tadi Yakin akan Ganjaran hadiah yang bakal diterimanya jikalau dia mendapat 4flat, Kesannya, anaknya itu belajar sebaik mungkin dan berusaha secukupnya untuk mendapat 4flat dalam peperiksaan.

Contoh yang disampaikan diatas memang cukup common kan. Jadi apa salahnya kita aplikasikan keyakinan Ganjaran Allah kepada Kita. Yang menjadi masalah pada segelintir golongan antara kita cuma lah sikap kurang percaya pada "benda" yang tak nampak. dengan istillah lain namanya Ghaib. Sebagaimana yang kita tahu, Allah akan memberi ganjaran pahala kepada hambanya apabila hambanya beribadat dan melakukan segala suruhanNya sekaligus Meninggalkan segala laranganNya. Persoalannya disini, kenapa masih banyak kes2 jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang? Kenapa ramai yang melengah-lengahkan suruhanNya? Jawapannya bukan kerana mereka tak tahu adanya pahala dan dosa tetapi mereka ni Tidak Yakin pada Ganjaran dan Balasan Allah kerana Pahala dan Dosa tidak nampak dengan mata kasar.

Ingat, Ganjaran Allah itu ada, usah risau dengan cacian orang sekeliling, setiap manusia dilahirkan tiada yang Perfect, sebab itulah kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tak perlu merasakan diri begitu Gempak sehinggakan pandangan orang menjadi sinis dimatanya. Buat apa nak mengkritik keburukan orang ibarat diri sendiri tiada kebukuran? Kenapa suka membahan orang walaupun dimatanya hanya sekadar lawak jenaka? Buat apa nak meminta maaf berkali2 tetapi hari2 buat perkara yang sama menyakiti orang lain? Renung-renungkalah.




Saturday, 6 October 2012

Aku yang Berdosa

Assalamuaikum

Kali ni, aku nak berkongsi satu lagu yang aku rasa sedap telinga mendengar, dan apa yang paling penting, banyak mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tu. Memang common, sikap manusia yang kebanyakannya cenderung untuk menjadi leka, angkuh, sombong, dan sebagainya. Kadang2 kita merasa kita buat something tu memang dah betul, tapi sebenarnya tak. Kita mungkin menjaga perasaan orang, tapi dalam masa yang sama, kita mengguris perasaan orang-orang yang lain. Ni la namanya dilemma kehidupan. Mostly, manusia takkan pernah tak merasa dilemma ni. 
Apa yang disampaikan dalam lagu tu pasal kehidupan seorang insan yang diberi kesenangan hidup, dan kemewahan hidup sehinggakan dia terlupa kepada PemberiNya. Apa yang dikejarnya semuanya bersifat duniawi. Ya Allah, inilah namanya dugaan kesenangan yang Allah bagi untuk menguji Hambanya. Jadi dalam lagu ni sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran supaya tidak angkuh kepadaNya. 

Apa yang aku nak ketengahkan dengan situasi yang aku alami sekarang, kenapa ramai yang dapat Cgpa yang hebat kurang gemar untuk berkongsi apa yang faham. Bukan sahaja tidak mahu berkongsi, malah memandang seperti tidak nampak golongan yang kurang pandai. Ilmu tu takkan kurang kalau dikongsi, malah, bila dikongsi makin bertambah. Sama juga dengan konsep sedekah, mungkin hari ni kita sedekah kepada yg memerlukan, esok esok, rezeki kita akan bertambah. Percayalah, tapi mestilah Ikhlas.

Berbalik kepada lagu tadi, Allah menyayangi orang yang diujinya tadi dengan melimpahnya hidayah supaya dapat kembali kejalan yang Benar untuk mencari Keredhaan Illahi untuk menebus kembali dosa yang lalu dengan bersujud KepadaNya untuk Kesyurga. Insyallah

Jom Hayati Lagu ni,. Walaupun simple, tapi banyak pengajaran yang boleh diambil , 

AKU YANG BERDOSA-SHAHIR

Sejauh mana langkahku di sana
aku melupakanMu
seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padaMu

Segalanya dusta kelak mengaburiku
Ya Allah, apa yang bisa
kutebus kepadaMu atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud untuk kesyurgaMu.


Rezeki Masing-Masing

Assalamuaikum.

Hari ini, hari minggu, jadi inilah masa untuk aku tido lambat, online lelama sampai lebam,. Macam biasa, kalau online, buka website Facebook dan Twitter tu MEMANG tak pernah miss. Bila dah tak tahu nak buat ape dengan Mr FB ngn Mr.Twit, aku beralih kat Blog ni. Sambil2 online ni, aku mendengar perbualan housemate2 aku ni. Rancak diorang bersembang. Disebabkan aku ambik port untuk online, aku tak berapa nak ambik port sangat untuk memberi komen dan ulasan. Jadi, aku menjadi pendengar je. Kadang2 bila dah kelakar sangat, aku join gelak. hoho.
Diorang ni berbual pasal Education. dari SPM masa form 5 dlu, zaman Matrix, kehidupan di Uni, dan seterusnya in Future. Memasing bukak cerita masing2, result SPM, result Muet, Current CGPA kat Uni, dan  interested future job memasing. Memasing jugak nak tunjuk diri gempak.  Wah. bangga dow aku dapat kawan2 macamni..

Bagi aku tak perlu nak jadi gempak sangat. kalau dah ada degree, xyah la nak kutuk2 bebudak diploma, kalau dah kerja gaji 2000, xyah lah nak kutuk yang gaji 1000. kalau dah dapat grad on time, xyah lah nk kutuk orang yang extend. Plis la cuba memahami perasaan orang lain. Mungkin hari ni kita tak merasa perasaan orang yang dikutuk tu, tapi esok2 hari mungkin. Moral of story, jangan merasa diri berada tahap selesa sangat sebab kita tak leh nak predict our future life. Mungkin ada orang dapat CGPA tinggi, tapi susah jugak nak dapat kerja yang sesuai dengan diri, mungkin ada orang yang extend belajar, tapi dia mudah dapat kerja, Mungkin ada orang lulusan diploma je, tapi dapat kerja gaji macam degree...So, apa yang ingin aku sampaikan kat sini, REZEKI tu ada pada setiap orang. apa yang beza, lambat atau cepat. Sebab Rezeki itu milik Allah. tiada siapa yang boleh aturkan rezeki orang melain Allah. Sebagai Hamba Allah yang kerdil ni, aku rasa, kita tak perlulah berbangga, riak, megah2 diri sebab Allah bebila masa je boleh tarik balik apa yang diberiNya. Moralnya kat sini. tak kisah lah kita ni belajar di Uni yang Gah, Ambik kos yang hebat, dapat Cgpa yang hebat, Kita perlu berSYUKUR dengan apa yang kita dapat sebab itu mungkin salah satu cabaran yang Allah nak menduga kita. Ingatlah, Allah menguji hambanya bukan dengan hanya melalui kesusahan tapi juga melalui kesenangan.

Miliki cita2 yang hebat, tak salah, tapi jangan merendah2 kan martabat dan darjat orang lain. setiap manusia ada kelebihan memasing dan kekurangnya tersendiri. Cuma kita sedar atau tidak je yang membezakannya. Jadi, tak perlu hidup nak gempak, make life simple, jangan merendah2 darjat orang lain, cuba merendah diri sendiri, syukuri pemberianNya, sentiasa berwaspada kepada yang memerlukan,

Lastly, biar diri Low profil, Janji hidup diberkati!

Friday, 5 October 2012

Ya Allah, Aku Mohon

Aku faham. kehidupan ini macam roda. kejap kita kat atas, kejap kat bawah,. tapi dah menjadi sifat semulajadi manusia, bila berada diatas, mulalah bermegah2, sombong, angkuh, semua benda dia je betul, dan sebagainya. Tapi bila kita diuji oleh-Nya sedikit, kita mula resah, tak tahu haluan, dan sebagainya. Sebab tulah kita harus mensyukuri nikmat yang kita ada sekarang ni. memang menjadi lumrah, Nikmat yang ada tak akan dirasa melainkan Allah menarik balik nikmat itu.

Aku percaya, Allah takkan uji hambanya melainkan Allah tahu hambanya itu mampu harungi ujian itu. Salah satu nikmat yang kita mungkin tak perasan ialah nikmat kawan. kadang2 Allah bagi kemudahan kepada kita melalui kawan, ahli keluarga, dan lain2. dengan erti kata lain, Allah menguji hambanya dan pada masa yang sama dia hulurkan kemudahan kepada kita secara tak langsung. Masalahnya disini, hanya kita sedar ataupun tidak je sebenarnya Allah menolong kita..

Sebut pasal kawan. Macam2 ragam bermain dalam kotak fikiran. masing2 ada style tersendiri. Macam aku, aku tak kisah pun berkawan dengan sape, kau pendek ke, kau gelap ke, kau gemuk ke, kau keding ke, kau hidung kembang ke, kau kepala botak ke, kau banyak jerawat ke. kau tak ada pelajaran tinggi ke, kau bukan coursemate aku ke, kau hebat ke, kau gaji tinggi ke. aku tak kisah..sebab bagi aku, rupa paras dan keadaan fizikan tak penting. bagi aku hati budi itu penting, yelaa, aku paling pantang dapat kawan yang hanya SEKADAR DIPINGGIRAN. tak silap ni name lagu kan.  maksud kawan hanya sekadar dipinggiran kat sini ialah kawan yang hanya cari aku time dia kesusahan saja. Time senang lenang, haram pun taknak contact aku. Apetah lagi nak ajak lepak2 makan, minum dan segala bagai. Kadang2 sedih dan sentap pun ada bila fikir2 balik pasal kawan yang berspesis sekadar dipinggiran. aku rasa macam diri aku ni diguna2kan. haish. tapi mungkin sifat semulajadi aku yang cepat kesiankan orang, aku jadi tak sampai hati bila 'spesis' ni mintak tolong dengan aku. aku Mohon weh, kita berkawan biarlah kawan selamanya2. tak kisah lah kalau dulu kita pernah sekelas, tapi sekarang tak, tak kisahlah kalau dulu kita satu bilik di kolej, tapi sekarang tak. tak kisah lah kalau dulu kita ambik ijazah sama2, tapi sekarang kau dah Phd. tak kisahlah kalau kau dulu tak kaya, tapi sekarang dah kaya.

aku sebenarnya tak miss berdoa agar aku dikurniakan kawan yang dapat ada tak kira senang ataupun susah, sebab bagi aku kawan adalah Nikmat yang Allah bagi untuk memudahkan urusan kita.

New life beginning

Assalamualaikum. Hai. Hello.

Post yang pertama dalam Nothing Dot Com. actually, aku dah lama berjinak dalam dunia blogger ni. Tapi makin hari tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog samakin tinggi. Nak dijadikan cerita, aku boleh sampai terlupa aku punya user name untuk blog sekaligus dengan passwardnya sekali. oleh hal yang demikian, aku terpaksa meng-create blog yang baru bagi menemani aku sebagai teman untuk bercerita. Mostly orang yang ada blog ni mission die nak kumpulkan ramai follower, tapi bagi aku, follower tu tak penting, sebab makin ramai follower, tahap privacy untuk aku mencarut, melatah dalam blog ni makin terhad.

Ok, Sekarang ni dah masuk bulan Oktober 2012. Sungguh pantas masa berjalan. sedar tak sedar kini aku dah berada dalam semester ke-7. hanya tinggal tak sampai setahun aku bakal menamatkan pengajian aku di University tercinta, tersayang, terrrrr...... ini. Lepas ni bakal menjejakkan kaki ke alam pekerja. Mohon dipermudahkan urusanku ini. Amin. Dikesempatan ini jugak, aku ingin mengucapkan Tahniah dan Syabas kepada kenalan2, kawan2, rakan2, sahabat2 yang telah menamatkan pengajiannya dan minggu ni adalah minggu korang berkonvo. Syok weh tengok korang pakai jubah konvo, pegang skroll ijazah, dapat bunga, dan macam2. haish..sabar sabar, tunggu nextyear. InsyaAllah.

Kehidupan aku sem ni berbeza sedikit.Sebab ape? Sebabnya, Semester ni aku tak lagi stay dikolej kediaman. Ikutkan stay luar ngn dalam semua ada baik dan buruknya. Apa yang baiknya duk kat luar ialah Jimat. mesti herankan, biasanya kalau kat universiti2 lain, orang ramai prefer duduk dalam sebab jimat, tapi situasi aku berbeza kerana duduk luar lagi jimat. Duk luar jugak aku rasa dapat lagi ketenteraman hidup. yela, kalau duduk kolej, banyak aktiviti sana sini. secara tak langsung dapat mengganggu jugak. Dari segi keselamatan plak, aku rasa duduk luar sangat tidak selamat. Yela, bila dah berada diluar, kita hidup bermasyarakat bukan dengan student je, tapi dengan semua kaumlah. tak kira melayu, cina, india, bangla, nepal, indonesia, kaki botol, kaki dadah, kaki ganja dan macam2. scary jugak weh sebab aku pernah terserempak dengan orang yang kurang berada dalam keadaan normal. gaya macam samseng. yang tak leh bla, dia tanya aku duduk aras mana, rumah mana. Nasib baik, aku menggunakan strategy blurr dan tak bagitau rumah aku yang betul. so, dalam kes ni aku menipu. tapi menipu untuk keselamatan aku dan housemate aku.