Assalamuaikum.
Syukur ke Hadrat Illahi kerana diberi kesempatan untuk masih hidup.
Post kali ini aku nak berkongsi apa yang dengar masa ceramah oleh seorang penceramah kat masjid Sri Petaling. Alhamdulillah, dapat jugak aku menjejak kaki aku kesana. pertama kali aku kesana, seriously aku cakap, aku kagum dengan orang2 kat sana. Semua berkejar2 merebut pahala Allah. MasyaAllah. sungguh kerdil aku jika dibandingkan dengan mereka2 distana.
Beralih kepada main point aku kali ini, apa yang penceramah terangkan pasal YAKIN. Yakin disini sangat general, setiap perbuatan yang kita lakukan mestilah ada keyakinan pada diri. sebagai contoh, Kenapa sesetengah orang boleh memanjat pokok kelapa yang agak tinggi berbanding pokok2 lain. Jawapannya, sebab dia Yakin bahawa dia boleh memanjat pokok kelapa itu. Keyakinan pada sesuatu sebenarnya sukar untuk diperolehi tanpa Ganjaran. Sebagai contoh, Jika seorang Bapa berjanji kepada anaknya untuk memberi hadiah jikalau anaknya berjaya mendapat 4flat semasa peperiksaan, Maka anaknya tadi Yakin akan Ganjaran hadiah yang bakal diterimanya jikalau dia mendapat 4flat, Kesannya, anaknya itu belajar sebaik mungkin dan berusaha secukupnya untuk mendapat 4flat dalam peperiksaan.
Contoh yang disampaikan diatas memang cukup common kan. Jadi apa salahnya kita aplikasikan keyakinan Ganjaran Allah kepada Kita. Yang menjadi masalah pada segelintir golongan antara kita cuma lah sikap kurang percaya pada "benda" yang tak nampak. dengan istillah lain namanya Ghaib. Sebagaimana yang kita tahu, Allah akan memberi ganjaran pahala kepada hambanya apabila hambanya beribadat dan melakukan segala suruhanNya sekaligus Meninggalkan segala laranganNya. Persoalannya disini, kenapa masih banyak kes2 jenayah yang berlaku dalam kalangan masyarakat sekarang? Kenapa ramai yang melengah-lengahkan suruhanNya? Jawapannya bukan kerana mereka tak tahu adanya pahala dan dosa tetapi mereka ni Tidak Yakin pada Ganjaran dan Balasan Allah kerana Pahala dan Dosa tidak nampak dengan mata kasar.
Ingat, Ganjaran Allah itu ada, usah risau dengan cacian orang sekeliling, setiap manusia dilahirkan tiada yang Perfect, sebab itulah kita perlu saling melengkapi antara satu sama lain. Tak perlu merasakan diri begitu Gempak sehinggakan pandangan orang menjadi sinis dimatanya. Buat apa nak mengkritik keburukan orang ibarat diri sendiri tiada kebukuran? Kenapa suka membahan orang walaupun dimatanya hanya sekadar lawak jenaka? Buat apa nak meminta maaf berkali2 tetapi hari2 buat perkara yang sama menyakiti orang lain? Renung-renungkalah.
No comments:
Post a Comment