Assalamuaikum
Kali ni, aku nak berkongsi satu lagu yang aku rasa sedap telinga mendengar, dan apa yang paling penting, banyak mesej yang ingin disampaikan dalam lagu tu. Memang common, sikap manusia yang kebanyakannya cenderung untuk menjadi leka, angkuh, sombong, dan sebagainya. Kadang2 kita merasa kita buat something tu memang dah betul, tapi sebenarnya tak. Kita mungkin menjaga perasaan orang, tapi dalam masa yang sama, kita mengguris perasaan orang-orang yang lain. Ni la namanya dilemma kehidupan. Mostly, manusia takkan pernah tak merasa dilemma ni.
Apa yang disampaikan dalam lagu tu pasal kehidupan seorang insan yang diberi kesenangan hidup, dan kemewahan hidup sehinggakan dia terlupa kepada PemberiNya. Apa yang dikejarnya semuanya bersifat duniawi. Ya Allah, inilah namanya dugaan kesenangan yang Allah bagi untuk menguji Hambanya. Jadi dalam lagu ni sedikit sebanyak dapat memberi pengajaran supaya tidak angkuh kepadaNya.
Apa yang aku nak ketengahkan dengan situasi yang aku alami sekarang, kenapa ramai yang dapat Cgpa yang hebat kurang gemar untuk berkongsi apa yang faham. Bukan sahaja tidak mahu berkongsi, malah memandang seperti tidak nampak golongan yang kurang pandai. Ilmu tu takkan kurang kalau dikongsi, malah, bila dikongsi makin bertambah. Sama juga dengan konsep sedekah, mungkin hari ni kita sedekah kepada yg memerlukan, esok esok, rezeki kita akan bertambah. Percayalah, tapi mestilah Ikhlas.
Berbalik kepada lagu tadi, Allah menyayangi orang yang diujinya tadi dengan melimpahnya hidayah supaya dapat kembali kejalan yang Benar untuk mencari Keredhaan Illahi untuk menebus kembali dosa yang lalu dengan bersujud KepadaNya untuk Kesyurga. Insyallah
Jom Hayati Lagu ni,. Walaupun simple, tapi banyak pengajaran yang boleh diambil ,
AKU YANG BERDOSA-SHAHIR
Sejauh mana langkahku di sana
aku melupakanMu
seluas mana kau beri padaku
masih ku angkuh padaMu
Segalanya dusta kelak mengaburiku
Ya Allah, apa yang bisa
kutebus kepadaMu atas dosaku
Ya Allah ku hina terasa
Biarku bersujud untuk kesyurgaMu.
No comments:
Post a Comment