Post yang pertama dalam Nothing Dot Com. actually, aku dah lama berjinak dalam dunia blogger ni. Tapi makin hari tahap kemalasan aku untuk mengupdate blog samakin tinggi. Nak dijadikan cerita, aku boleh sampai terlupa aku punya user name untuk blog sekaligus dengan passwardnya sekali. oleh hal yang demikian, aku terpaksa meng-create blog yang baru bagi menemani aku sebagai teman untuk bercerita. Mostly orang yang ada blog ni mission die nak kumpulkan ramai follower, tapi bagi aku, follower tu tak penting, sebab makin ramai follower, tahap privacy untuk aku mencarut, melatah dalam blog ni makin terhad.
Ok, Sekarang ni dah masuk bulan Oktober 2012. Sungguh pantas masa berjalan. sedar tak sedar kini aku dah berada dalam semester ke-7. hanya tinggal tak sampai setahun aku bakal menamatkan pengajian aku di University
Kehidupan aku sem ni berbeza sedikit.Sebab ape? Sebabnya, Semester ni aku tak lagi stay dikolej kediaman. Ikutkan stay luar ngn dalam semua ada baik dan buruknya. Apa yang baiknya duk kat luar ialah Jimat. mesti herankan, biasanya kalau kat universiti2 lain, orang ramai prefer duduk dalam sebab jimat, tapi situasi aku berbeza kerana duduk luar lagi jimat. Duk luar jugak aku rasa dapat lagi ketenteraman hidup. yela, kalau duduk kolej, banyak aktiviti sana sini. secara tak langsung dapat mengganggu jugak. Dari segi keselamatan plak, aku rasa duduk luar sangat tidak selamat. Yela, bila dah berada diluar, kita hidup bermasyarakat bukan dengan student je, tapi dengan semua kaumlah. tak kira melayu, cina, india, bangla, nepal, indonesia, kaki botol, kaki dadah, kaki ganja dan macam2. scary jugak weh sebab aku pernah terserempak dengan orang yang kurang berada dalam keadaan normal. gaya macam samseng. yang tak leh bla, dia tanya aku duduk aras mana, rumah mana. Nasib baik, aku menggunakan strategy blurr dan tak bagitau rumah aku yang betul. so, dalam kes ni aku menipu. tapi menipu untuk keselamatan aku dan housemate aku.
No comments:
Post a Comment